IDENTITI

PELAPIK LENCANA KEPALA

 

Deskripsi warna.

 1. Hijau  

:

Warna asas rejimen sempadan yang gagah serta berani dalam melaksanakan tugas bersesuaian dengan cogan kata ‘setia waspada’ serta ketaatan kepada perintah tuhan.  

 2.Biru             

:

 Lambang semangat ‘bersama bersatu’ dalam harmoni ketika melaksanakan apa jua tugas yang dipertanggungjawabkan.

 3.Kuning

:

 Lambang taat setia kepada raja serta mendukung kedaulatan negara dan rela berkorban demi kepentingannya


Mascot Beruang



Bn ke 4 Rejmen Sempadan, dengan keanggotaan mencecah 850 anggota, pemilihan beruang sebagai mascot psk adalah berseuaian dengan kekuatan fizikal yang ada pada mascot psk ini. Ia menjadi sumber inspirasi kepada warga pasukan dalam berusaha menjadikan bn 4 rej sempadan sebagai bn inf terbaik dibawah formasi bgd sempadan. Sesuai dengan cogan kata cekal berani ia adalah pendorong kepada semua warga pasukan untuk bersedia menempuh apa jua cabaran yang mendatang dan pastinya berorientasikan kejayaan bagi setiap misi yang perlu disempurnakan.

 

Cekal Berani

Cekal berani bermaksud kecekalan  dalam menghadapi apa jua cabaran bagi mencapai misi pasukan dengan semangat penuh keberanian. Cogan kata cekal berani dijadikan sebagai  pendorong kepada semua warga pasukan untuk bersedia menempuh apa jua cabaran yang mendatang dan pastinya berorientasikan kejayaan bagi setiap misi yang perlu disempurnakan.

Simbolik kepada warna pelapik beret yang digunakan oleh warga pasukan adalah, warna green rifle menunjukan anggota pasukan merupakan ketumbukan infantri tentera darat, warna biru muda menunjukan semangat bersatu dikalangan warga pasukan dan warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara.

 

 
Free business joomla templates